Okay, untuk first entry aku ni. aku nak cerita pasal trip aku ke Boracay, Philippines. Termasuklah itinerary masa aku g sana. Enjoy !!
Orait. Flight aku daripada KLIA- Kalibo airport pkol 10.45 pagi, 25 January 2016. So macam biasala geng. Datangla 2jam awal. Jangan buat leceh. haha. Aku beli tiket ke Boracay ni aku tempah setahun awal masa Airasia buat sale. Total for return tiket MYR 341. Pastu hotel kami duduk dekat Yegrina resort , yang ni member aku tempah dekat agoda. Kami duduk dekat dorm dia ja bilik untuk 2 orang pon murah. So, sapa pergi dengan bini tu bolela tempah duduk 2 ja. dalam MYR120/night. Tapi aku cakapla, selesa, best value for money. MYR40/ day (dorm). Staff sana friendly dan boleh cakap english. Minta apa pon dapat. Senang. Kami duduk 3 malam, so MYR 130. Aku tukar duit MYR Ke Pesos MYR600- Pesos 6400.Pastu beli maggi apa suma dalam MYR 50. Okay, tu tamat cerita sebelum pergi.
1st day- 25 January 2016
So flight dari KLIA- Kalibo airport amik masa dalam 4 jam. So pandai-pandaila luang masa nak buat apa dalam kapal terbang masa tu.
Petang tu kami sampai airport Kalibo dalam pkol 2 petang. Kami amik package yang dia bagi nak ke Boracay. Pesos 250/~MYR25 per person. Yang ni for both van and feri. Dari Kalibo ke Caticlan(Jetty ke boracay) ambil masa dalam ~2jam dan jetty ke boracay island 15min. Sampai ke jetty ja, kita kena bayar Terminal fee Pesos 100/~MYR 10 dan enviromental fee Pesos 75/~MYR 7.5
Sampai ja dekat Boracay Island. Kena naik tricycle untuk ke station 1 utk Pesos 50/~MYR 5 per person. Station 1 ni tempat paling ramai orang dan kemudahan tourist banyak dekat sini. Total ada 3 station. Station 1, 2 and 3. Semua ada kelebihan masing-masing. So make sure cover semua sebelum balik. Haha.
So, kami sampai Yegrina resort dalam pukul 6 macam tu. Check in, sembahyang apa semua pastu malam tu kami gerak ke pantai dan pekan. Dekat station 1 tak banyak kedai halal. Ada pon satu ja. Tapi bagi budget yang kami bawak. Tak lepas lah. haha. Nasi putih sepinggan MYR 10. Memang dakla kan. HAHA. Tapi kalau nak makanan halal dan seafood boleh pergi dekat D'talipapa. Situ banyak makanan Halal dan boleh beli souvenior dekat situ. Stall #74 di rekemen untuk makan. Yang sedihnya, kami sedar benda ni waktu hari last sebab pegi situ nak beli souvenior. HAHAHA. So, selama kami duduk dekat boracay kami makan roti dan maggi ja. Sedih. HAHAHA. Nak pegi ke D'talipapa dari Yegrina tu selalunya Pesos 30 seorang naik tricycle. Tapi tu dikira mahal lah. Boleh tawar menawar. Kami dapat Pesos 10 ja seorang dan waktu balik kena pesos 20 seorang. So pandai-pandaila. haha
Malam tu kami makan roti ja dalam Pesos 50/~MYR 5. Dan lepak tepi pantai sampai boring kami tido.
2nd day- 26th January 2016
So, Kami bangun awal nak tengok view pagi dia dekat pantai. Walawey lawa weyh ! HAHA. Kami jalan-jalan tangkap gambar sampai Pukul 8 macam tu.
Pastu kami balik Hotel dan minta receptionist tu kenal kan dekat kami guide untuk buat aktiviti-aktiviti kat Boracay ni. Guide kami nama Dante. Kami bt Snorkeling/Island Hopping/Boat Sailing(Sunset)/Helmet diving/ATV semua dalam Pesos 3000/~MYR300 per person. Sebenarnya boleh minta murah lagi tu. So sekali lagi pandai-pandaila tawar-menawar.
Pukul 10 kami Start Island Hopping dan snorkeling. Masa snorkeling tu kena bayar dalam Pesos 20/~MYR 2 sebab tempat tu kawasan protected. Tapi yang ni sedih sikit. Masa pergi ni laut bergelora. So, kami tak dapat nak pergi Crystal Cove and Phuka beach. So amat mengecewakan sikit. Tapi nak buat macammana cuaca kan. Habis dalam pukul 12 macam tu. Kami rehat dan mandi laut dan beli roti Pesos 50/~MYR 5 sambil tunggu pukul 5 untuk boat sailing.
Masa boat sailing ni lah boleh tgk sunset semua. Lawa gila. puas hatilah !!
Boat Sailing is a must experience, terutamanya nak romatik-romantik kan. haha. Malam tu kami makan maggi jaa. sambil lepak dekat pantai dan jalan-jalan tengok apa yang menarik.
3rd-27th January 2016
Hari ketiga start dengan mcm biasa bangun awal pagi untuk tengok scenery dekat kawasan pantai sambil makan roti Pesos 50/~MYR 5. Then pukul 9.30 pagi Dante jemput kami dekat hotel untuk bawak kami untuk helmet diving.
Helmet diving rancak gila. Probably the best aktiviti. Diorang bawak kami naik speed boat ke tengah laut. Then dekat situ diver akan bagi instruction sikit-sikit. And bila dah start turun bawah. The view is spectacular and mesmerizing. Banyak ikan-ikan warna-warni. Diver akan tangkap gambar kita dan CD akan diberi kepada guider(Dante). Gambar dah sekali dengan pakej kami bayar hari tu. Dante bagi kami CD tu masa hari last.
Lepas helmet diving dalam pukul 11 macam tu kami kena tunggu pukul 3 untuk naik ATV. So kami pergi ke pantai dan main Stand up paddling. Pesos 400/~MYR 40 per paddle untuk satu jam. Satu paddle cukuplah. Kami main sorang setengah jam. Puas ja aihhh. Awal-awal susah sikit nak buat stand up paddling ni. Asyik jatuh ja hahaha, so sapa tak pandai berenang tu, pakai la life jacket nah. Stand up paddling ni macam surfing campur dengan kayak. Naik atas board dan kayuh guna paddle. Nampak senang. Tapi, try lah dulu. hahaha
Lepas tu kami rehat jap, lepas tu dante jemput kami untuk ATV. ATV ni ada 2 course, satu untuk naik ke Mount Luho satu lagi naik untuk bumpy course. Awal-awal kami ingat kami naik Mount Luho tu. Rupa-rupanya Dante set kami untuk naik yang bumpy course tu. So termiss peaung untuk tengok view Mount Luho yang kata cantik tu. But nevertheless ATV dekat bumpy road tu memang Fun. Untungnya, masa kami pergi tu, kami dua ja ada. So, dok lawan race dengan guider la jawabnya. Keputusan, 1st-Guider, 2nd-Iman and Loser-Faris. Buahahaha
Lepas ATV, kami naik tricycle Pesos 30/~MYR 3 per person (kena katok, dekat japon pffftt) pergi ke Bullabog Beach tengok orang windsurfing dengan kite surfing. Tengok jala. nak buat tak mampu. But definitely gonna do it the next time I go !!.
Malam tu kami pergi ke D'talipapa Pesos 10/~MYR 1 per person. Beli souvenior apa semua. Memang murah-murah souvenior dekat situ. Habis semua dalam Pesos 200/~MYR 20. Then balik semula ke Yegrina Pesos 20/~MYR 2 per person.
Final day-28th January 2016
Okay on the final day simple ja. Flight balik Malaysia dari Kalibo ada sehari sekali ja. Pukul 3. Kena sampai 2jam sebelum. Jadi, kena gerak dari hotel dalam pukul 9. Naik tricycle ke jetty for Pesos 50/~MYR 5 per person. Then sampai ja dekat jetty, beli tiket bot Pesos 25/~MYR 2.5 dan terminal fee Pesos 100/~MYR 10. Sampai ja dekat jetty, akan ada orang cari sapa-sapa nak naik van ke Kalibo airport Pesos 175/~MYR 17.5.
Perjalanan ke Kalibo ambil masa 2jam. So, akan sampai lebih kurang pukul 12. Dah boleh check in dah tu. Dekat airport tu, kena bayar airport tax Pesos 700/~MYR 70. Lepas tu, tunggu lah flight balik Malaysia plak. Haha
Conclusion
Boracay ni tempat wajib pergi untuk yang minat nature ni. Pantai dia lawa dan view memang the boom lah. haha. Banyak lagi aktiviti yang boleh buat lagi dekat sana. Macam para-sailing, Zipline, Zorb and etc. Kena pandai tawar menawar ja. Orang Philippines pulak semua ramah, diorang memang jaga betul-betul tourist sebab tourist lah sumber ekonomi orang Boracay.
So total expenditure Boracay.
Sebelum pergi = MYR 521
Di Boracay = MYR 535.5
TOTAL = MYR 1056.5/ Person
Plus ada baki lagi MYR 64.5
So geng, I highly recommend Boracay Island, Philippines !! here are some pictures I have taken. Enjoy !!
Malam tu kami pergi ke D'talipapa Pesos 10/~MYR 1 per person. Beli souvenior apa semua. Memang murah-murah souvenior dekat situ. Habis semua dalam Pesos 200/~MYR 20. Then balik semula ke Yegrina Pesos 20/~MYR 2 per person.
Final day-28th January 2016
Okay on the final day simple ja. Flight balik Malaysia dari Kalibo ada sehari sekali ja. Pukul 3. Kena sampai 2jam sebelum. Jadi, kena gerak dari hotel dalam pukul 9. Naik tricycle ke jetty for Pesos 50/~MYR 5 per person. Then sampai ja dekat jetty, beli tiket bot Pesos 25/~MYR 2.5 dan terminal fee Pesos 100/~MYR 10. Sampai ja dekat jetty, akan ada orang cari sapa-sapa nak naik van ke Kalibo airport Pesos 175/~MYR 17.5.
Perjalanan ke Kalibo ambil masa 2jam. So, akan sampai lebih kurang pukul 12. Dah boleh check in dah tu. Dekat airport tu, kena bayar airport tax Pesos 700/~MYR 70. Lepas tu, tunggu lah flight balik Malaysia plak. Haha
Conclusion
Boracay ni tempat wajib pergi untuk yang minat nature ni. Pantai dia lawa dan view memang the boom lah. haha. Banyak lagi aktiviti yang boleh buat lagi dekat sana. Macam para-sailing, Zipline, Zorb and etc. Kena pandai tawar menawar ja. Orang Philippines pulak semua ramah, diorang memang jaga betul-betul tourist sebab tourist lah sumber ekonomi orang Boracay.
So total expenditure Boracay.
Sebelum pergi = MYR 521
Di Boracay = MYR 535.5
TOTAL = MYR 1056.5/ Person
Plus ada baki lagi MYR 64.5
So geng, I highly recommend Boracay Island, Philippines !! here are some pictures I have taken. Enjoy !!


